Monday, 25 June 2012

1 slash 14

Aku sangat takut sebab lagi 1 hari aku akan start bekerja (cuti almost 5bulan, baru nak kerja?) Nanti boleh lah berlagak dalam cv yang, hai saya ada pengalaman kerja. dengan syarikat femes, kau hado? Takutnya. Takutnya (makan burger bakar) . Rasa macam taknak pergi kerja pun ada. Sebab ini macam kali pertama lah aku nak berjumpa dengan orang baru lepas SPM. Oh, bukan kali pertama sebenarnya. Kali pertama time PLKN, kali kedua time masuk foundation, lepastu jumpa ramai orang gila yang suka photobomb.

Oh, yang kedua, lagi 14 hari aku akan pergi, tempat yang aku rasa, semua orang nak pergi. Tapi rasa tak prepare. Haish. Aku rasa macam nak start tulis journal dari mulai sekarang. 14hari sebelum sampai lah selesai. Inshallah. Takutnya OMG. Takut sangat, lagi takut daripada nak amik exam addmaths time SPM. sebab kalau takleh jawab time SPM boleh lukis atas kertas soalan. Ni, kalau tak boleh, nak jawab apa dengan Tuhan. Sekian.

Main tetiup belon dulu. Kbye

No comments:

Post a Comment