Sunday, 23 December 2012

End of the semester.

Dah lama rasanya saya tak update blog. Dulu ye lah, rasa nak update blog bagi orang baca. Tapi sekarang, lebih kepada nak bercakap sorang-sorang.

Senang 

Puas 

Sebab, ramai orang sekarang tak boleh dipercayai. Tapi takpe. Biasalah hidup. Alah membeli menang memakai. *salah perumpmaan*. Sekarang saya dh sampai end of the sem! the moment everyone waits for! STUDY WEEEK! Memang best, sebab study week rasa bebaaaas. Nak study ikut momentum sendiri. Tak payah tensyen-tensyen. Tensyen lah, tapi sikit. Tapi study week memang the week I've been waiting forrrrrr at the end of the sem! Satu sebab lagi, study week tak payah datang kelas. Itu yang banyak sikit masa nak online, masak, kemas rumah. hmm. Plus, kurang sikit dosa mengumpat orang. Oooooops! Okay ada dua benda saya nak highlight.Satu bundle, dua big bad wolf. Bagi saya, ini dua benda yang masyarakat kita kurang sikit, sikitttttttt je ambil kisah/tahu/_______ (your own word here). Tapi satu je lah aku nak cakap.

Bundle 

Tetiba kan nak highlight pasal bundle. Bukan apa. Semalam, dekat UiTM ada Pop Fest: Save Gaza klik sini bukan sana apa lagi klik la sini Ada Bundle fest, lebih 50 gerai dudeeeeeeeeee! kool gila. Aku memang eksaited sebab bundle banyak vintage punya baju, memang ada lah orang dapat nilai apa bundle ada. Dalam kelas, ada sorang kawan aku ni cakap.

 "Kalau dah mampu, buat apa beli baju bundle?"
----anon

Saya macam terkejut lah. Sebab dia macam nak tunjuk jurang orang kaya dan miskin. Lagi satu, mungkin baju tu dia rasa unhygienic sebab macam used items. Tapi takpe. Dia ada sebab dia. Saya pun ada sikit terpengaruh dan termakan dengan kata-kata dia. Tapi ada satu benda dia tak jumpa apa ada dekat bundle, SENSE OF APPRECIATION.

Kenapa SOA(bebajet istilah saintifik) ? Sebab aku ada jugak bayangkan, pergi bundle, baju murah, buruk. Tapi aku salah. Bundle Fest aku pergi ada banyaak baju lama, vintage, yang cool, rare  dan elok lagi. Plus, tak murah okay! Barang klasik memang mahal dan *susah nak describe in words*! Aku sebab student, ehem *alasan* memang beli baju murah je la. Baju bands macam The Beatles, Led Zeppelin mahal kot! Ni salah satu *pendapat aku* cara, orang tunjuk apresiasi diorang dekat ikon muzik. This is true story bro. 

Senang cerita, dunia macam-macam. Kalau suka KPOP, ticket ratus-ratus pun sanggup ye idok? Iyelewwwwww. Btw, tengoklah video ni. 



Sunday, 23 September 2012

Luck Strike

Saya tak smoke. Lucky strike saya ialah, pemfollow :
60
You'll get something 
teheee.

Friday, 21 September 2012

Mee Kolok Sigek


Aku tak pernah makan mee kolok. Apa dia rasa? apa bahan-bahan nak masak dia? gambar aku google, kopi, pasta je. Tapi jangan tuduh aku plagiat plis. Aku accidentally dengar mee kolok sigek, zee avi nyanyi. Although i know the title of the song before, tapi tak pernah nak dengar. Bila dengar ahhhhhhh  bestnya. 
u.u 

 
 

Enjoy! :)

Saturday, 15 September 2012

Hai.

Hai. Assalamualaikum. Dah lama aku tak update blog. *takde siapa kisah, kisah hati, hati ku hati mu*
Memang tujuan aku menulis bukan untuk orang baca. Tapi untuk aku kongsi apa aku rasa. Kalau sesiapa yang suka baca tu, terima kasih. Sesiapa yang baca sekali, lepastu dah tak baca pun, terima kasih :) I have no issues, cewah.

Cuti 5 bulan aku pun dah habis. The best part was, cuti 5 bulan, aku kerja 4.. hari. Kool kan? Sepatutnya kerja la 3-4 bulan. Baru nampak workaholic! LOL. Jadi, sepanjang tempoh 5 bulan, macam-macam berlaku dan terjadi. Hiks. The best part was, Umrah and Visit! aku nak update pasal umrah. Tapi takut tersalah tafsir, nanti orang mocking kita, terus kita femes masuk metro. Acane tuu johan? Lepas umrah, bulan Ramadhan. oh ye, aku sempat puasa 5 hari macam tu dekat Makkah, Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me the opportunity! Thanks to le parents too :* Lepastu Raya ! lepas syoknya raya kita masuk UiTM balik! yep, i successfully proceeded my study in degree in law*yay me, Alhamdulillah*, sekarang diorang panggil Bachelor in Law(LLB) , bukan lagi Bachelor in Legal Studies (BLS). Tapi yang tak best, aku kena melalui MDS, again. So, here to the journey of 4 years study *laga coke, sebab takkan nak cheers minuman keras*. 

Itu je lah kot. Oh ye, I skipped my last session of MDS. pergh nampak punk gila. semata-mata nak jumpa writers of #RahsiaDuaPria, Adi Wafi dengan Mosyuki Borhan. Aku rasa, buku korang kool, awesome, menarik, mendalam. Aku suka. Itu je aku mampu cakap. Syukur Tuhan bagi korang idea untuk luahkan perasaan secara kiasan dalam bentuk puisi. Yang aku pun faham dan dapat rasa apa yang korang cuba sampaikan.

"The best feeling isn't said by words, but is felt by heart"
                                     Someone that i used to know

 Waktu pelancaran #RahsiaDuaPria, check fb diorang! Entah-entah ada gambar korang? :)

 Waktu Raya Oh Yeah dengan Yuna Zaraai. check tumblr diorang! Entah-entah ada gambar korang? :)
(kenapa semua ada gambar ayem -_-)

 
 Waktu habis first umrah. Oh rindu dah Makkah dgn Madinah. Check album aku. Entah-entah ada gambar korang? :) *ni saja je letak, hiks*


Waktu raya rumah dane. Hmm, kenapa dane tak upload gambar lagi -_-  

Alhamdulillah, Dia baik dengan saya walaupun saya tak terlepas daripada buat dosa :(
Thank you Allah for all the people around me
Thank you Allah for the happiness you give to me 
Am holding to Mosyuki's line in #RahsiaDuaPria;

 






Wednesday, 29 August 2012

Boring.

Boringnya, cuti dah nak habis. Rasa macam baru semalam tarik beg depan toilet perindu nak masuk kereta.

Friday, 17 August 2012

Beraya

"Berlalu sudah bulan puasa masa untuk berganti puasa, ohyeah. Raikan hari raya"
omj. aku tak pernah buat lirik parody lagu, ni 1st yang jadi. so proud gjot. Keep it up. Ada can nak jadi singer/songwriter.
Yeay. patut aku yeay ke nay sebab raya besok? mesti ramai sedih sebab dah nak habis dah bulan Ramadhan yang diberkatikan. Haih, tapi nak buat cemano, bulan silih berganti, sama jugak dengan kasanova. Perempuan silih berganti. Suasana raya ada sebab .. kemas-kemas rumah je. Since kakak-kakak semua raya rumah mertua. Kehkehkeh.enjoice... have fun.. So, apa kenangan raya yang best?
Hmm. Let's see. First, aku percaya ramai yang raya pertama dekat, mostly dekat kampung. Kalau tak balik kampung mesti ada alasan adik amik PMR lah, adik amik SPM lah. Alasan. Cakap je lah malas. Ehehe. Kalau family aku, memang first day raya dekat sekitar KL. Bukanlah raya dengan bangla yang tak dapat balik kampung. Cuma, semua saudara belah ibu dekat KL kan, plus nenek kurang sihat. *padahal takde kampung wuwuwu* Jadi, memang 1st day raya dekat area KL je. Tapi sebenarnya ramai jugak lah tak balik kampung. Kalau ramai la daripada korang raya dekat area KL. Oh, maybe sebab ada yang originated from KL. Maybe lah? Jadi memang aku macam takde langsung pengalaman kacau dodol, anyam ketupat semua. Sad. Cuma bersih-bersihkan rumah dengan cuit rendam dalam kuali je. Itu je paling nakal aku mampu.

Secondly, konvoi beraya. Last year aku tak ikut pun Kkbians pergi konvoi beraya. Aku pun taktahu kenapa. Tp time form 5 rajin pulak ye aku pergi. So, inshallah kalau ada konvoi tahun ni nak ikut yey. Oh yes, last year yang diorang pergi .. dem. Nvm lupakan sobs. Kisah cinta segi jangan diungkit bak lirik lagu, luka lama berdarah kembali perghhhhhhh.  Mendalam siot!

In a nutshell, tiba-tibakan in a nutshell kata ko. Selamat berhari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Jangan lupa puasa enam. Sunnat kan :) Aku target kali ni, raya ke-2 dah nak puasa enam. Baru nampak warok sikit hahaha, joke. padahal takut makan lebih sebab tak buat medical checkup lagi.

Last but not least, terimalah salam perantauan dari kami yang beriftar di... KLCC. Wanie, cantik kau edit gambar. ni serius ikhlas.

#PS jangan lupa shopping di TGIC
Sesiapa yang baca aku mohon maaf ye :)

Sunday, 29 July 2012

Tenang.





Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.




Assalamualaikum. Harap belum terlambat nak ucap selamat menyambut hari kemerdekaan. Tak sabar nak nyanyi lagu merdeka baru. (Please sense the sarcasm). Selamat menyambut bulan Ramadhan Kareem! Muslims should be happy and will always be happy when Ramadhan is approaching. Why? Kenapa? Sebab pintu neraka semua ditutup. Nak tau kenapa lagi? Google la. Aku bukan wikipedia.

Jadi, aku ada a few good news to be shared. Firstly, syukur ya Allah atas nikmatMu. Aku tak pernah sangka aku akan berada dekat apa yang aku berada sekarang. Eh, complicatednya ayat kau. Senang, aku tak sangka aku dapat semua ni. Tapi yang tak bestnya, I sensed war lah kat fb. Hmm. Aku dapat sambung belajar & sambung degree dekat UiTM Shah Alam. yeay! =) and the best part is, course law. padahal aku bukan asasi uitm, tapi whatever. Alhamdulillah. ni mesti berkat doa orang tua & kawan-kawan. 

yang kedua, I've been to two holy mosques. Al-Masjid An-Nabawi & Al-masjid Al-Haram. It was an experience. Nak cerita panjang. Tapi, tak reti nak huraikan ayat dengan betul lagi. 

Tiba-tiba hilang apa benda terperap dalam otak semua benda nak cakap. Aduh. Nanti lah tulis lagi. 

 

 

Saturday, 7 July 2012

Ramadhan akan tiba.












































Salam Aleikum!
Lagi beberapa hari je Ramadhan. Tapi belum bulan puasa, dah ada sales merata-rata tempat. Sekarang jual arak pun ada Ramadhan Sales. Explain please? 























Word of The Day:
Aku nak jugak buat vlog. (sebutan vi-log kan?) Tapi aku tak reti bebel sorang-sorang depan webcam. Nanti orang ingat aku unsoundness mind.

Monday, 25 June 2012

1 slash 14

Aku sangat takut sebab lagi 1 hari aku akan start bekerja (cuti almost 5bulan, baru nak kerja?) Nanti boleh lah berlagak dalam cv yang, hai saya ada pengalaman kerja. dengan syarikat femes, kau hado? Takutnya. Takutnya (makan burger bakar) . Rasa macam taknak pergi kerja pun ada. Sebab ini macam kali pertama lah aku nak berjumpa dengan orang baru lepas SPM. Oh, bukan kali pertama sebenarnya. Kali pertama time PLKN, kali kedua time masuk foundation, lepastu jumpa ramai orang gila yang suka photobomb.

Oh, yang kedua, lagi 14 hari aku akan pergi, tempat yang aku rasa, semua orang nak pergi. Tapi rasa tak prepare. Haish. Aku rasa macam nak start tulis journal dari mulai sekarang. 14hari sebelum sampai lah selesai. Inshallah. Takutnya OMG. Takut sangat, lagi takut daripada nak amik exam addmaths time SPM. sebab kalau takleh jawab time SPM boleh lukis atas kertas soalan. Ni, kalau tak boleh, nak jawab apa dengan Tuhan. Sekian.

Main tetiup belon dulu. Kbye